Penangan Trump Dorong BTC Buat ‘Diving’!

1,185

Bekas Presiden Donald Trump baru-baru ini telah melancarkan kritikan ke atas Bitcoin dan mendesak pengawal selia A.S untuk memantau matawang kripto. Trump yang membuat penampilan di Fox Bussiness Network pada hari Isnin mendakwa bahawa bahawa ‘Bitcoin adalah scam’.

Kritikan Trump yang mengulangi pendirian beliau yang bersifat anti-kripto dengan menyifatkan bahawa Bitcoin adalah satu bentuk penipuan itu telah menekan harga Bitcoin. Bukan itu sahaja beliau juga mengatakan bahawa Bitcoin adalah sangat perlu untuk dipantau.

Selain kritikan terhadap Bitcoin, Trump telah menggesa bahawa petingnya hegemoni AS dolar. Justeru beliau berpendapat bahawa Bitcoin adalah salah satu instrument yang dapat mengancam AS dolar.

Susulan wawancara tersebut disiarkan, harga Bitcoin mencatat penurunan lebih tinggi. BTC jatuh dari $ 36,472 kepada $ 35,973 dalam sekelip mata. Kemudian harga BTC terus merundum ke paras $32,000.

Ini bukan kali pertama Trump mengkritik kripto, beliau telah mengkritik sejak tahun 2019 yang menyifatkan kripto sangat ‘volatile’ dan ia bukanlah wang, ditambah pula ia tidak disandarkan pada aset mampan.

Pasaran kripto kini berada di bawah tekanan, berita-berita FUD lebih mendominasi daripada berita-berita positif yang dapat memangkin kenaikan harga pada ketika. Terkini harga BTC mencatat pada paras harga $31,428.95. Pasaran setakat ini lebih memilih untuk mengambil sikap berhati-hati dengan memerhati pergerakan pasaran dengan paras harga  BTC $30,000 jadi tumpuan pemerhatian!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat