Penapisan Minyak US Beransur Pulih, Pasaran Minyak Mentah Bercampur Pada Sesi Asia

55

Harga minyak mentah bercampur pada hari Selasa berikutan cuti umum di Amerika semalam serta pembukaan semula kilang penapisan minyak di sana yang tutup akibat ribut Harvey sekaligus akan meningkatkan kembali permintaan terhadap minyak mentah.

Kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober meningkat 0.21% kepada $47.41 setong setakat jam 10.10 pagi. Sementara itu, harga minyak brent di ICE Futures Exchange London susut 0.36% kepada $52.15 setong.

Semalam, pasaran minyak US meningkat berikutan aktiviti penapisan minyak di kawasan-kawasan teluk mula beroperasi semula walaupun para pelabur masih lagi membuat perhitungan terhadap kerosakan jangka masa panjang ribut Harvey kepada industri petroleum di US.

Dua salur paip utama telah mula beroperasi pada hari Isnin, selepas sebahagian kawasan perkilangan minyak di Texas terpaksa ditutup berikutan ribut Harvey sekaligus membantu mengurangkan kebimbangan terhadap kenaikan harga runcit serta pengedaran domestik gasolin dan bahan sulingan lain.

Pengeluaran minyak terjejas dan jatuh mendadak pada 26 Ogos sebanyak 25% atau 428,568 tong sehari. Walaupun para pekerja telah kembali dan mulakan pekerjaan mereka seperti sedia kala, masih ramai penganalisis pasaran menjangkaan industri petroleum US memerlukan beberapa bulan yang panjang untuk kembali pulih sepenuhnya daripada kerosakan akibat ribut Harvey minggu yang lalu.

Terdapat sebanyak 5.5% pengeluaran minyak di Teluk Mexico US atau 96,000 tong sehari masih kekal tutup pada hari Ahad selepas Harvey menimpa Texas seminggu yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat