Pencapaian Cemerlang Filem Terbaru Avatar Tertahan Kerana China

177

‘Mungkin ini peluang untuk filem Malaysia berjaya dekat China kot?’

Sungguhpun China mula melonggarkan sekatan dasar sifar Covid-19, menamatkan kuarantin mulai 8 Januari, ia dilihat gagal membantu industri hiburan negara itu.

Filem terbaru arahan pengarah berkaliber James Cameron, Avatar: The Way of Water mungkin berdepan masalah untuk mencapai tayangan pecah panggung (box office) di China.

Secara amnya, filem keluaran Disney itu sudah berjaya mengutip tayangan box office $1.03 bilion di seluruh dunia dalam 14 hari iaitu pencapaian 5 hari lebih pantas berbanding filem pertamanya pada 2009.

Namun, Cameron sebelum ini pernah mengatakan bahawa filem itu memerlukan kutipan sekurang-kurangnya $2 bilion untuk dianggap menguntungkan.

Akan tetapi setakat semalam pasaran China hanya mencatat kutipan tayangan sebanyak $108 juta sahaja, berbanding unjuran yang ditetapkan sebanyak $100 juta pada minggu pertama tayangan.

Ternyata ketiadaan China yang mendominasi pasaran hiburan global menyukarkan pembuat filem untuk mencapai kutipan box office ataupun mengembalikan modal.

Dan walaupun negara tembok besar itu mulai melonggarkan sekatan ia masih merisikokan penularan jangkitan, dengan sistem kesihatan China terus berada di bawah tekanan untuk melawan jangkitan.

Terang penganalisis kanan media di Comscore, Paul Dergarabedian, Cameron mengharapkan pasaran China boleh menyumbang hasil tambahan yang diperlukan namun keadaanya tampak tidak mengizinkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat