Pencipta Projek NFT Bored Ape Yatch Club (BAYC) Bakal Disaman?

581

Yuga Labs, syarikat yang mencipta projek non-fungible token (NFT) terbesar Bored Ape Yatch Club (BAYC) mungkin berdepan tuntutan mahkamah.

Firma guaman Scott+Scott mendakwa Yuga Labs secara tidak wajar mendorong pelabur untuk membeli NFT syarikat dan koin natifnya ApeCoin.

Selain itu, firma tersebut juga didakwa menggunakan selebriti sebagai sokongan dan promoter untuk meningkatkan harga NFTnya dengan menjanjikan pulangan tinggi.

Selebriti seperti penyanyi rap Snoop Dogg, bintang bola sepak Tom Brady dan pempengaruh Paris Hilton adalah antara selebriti yang memiliki dan menyokong koleksi BAYC. Karya seni digital BAYC yang paling mahal dijual pada harga $3.4 juta akhir tahun lepas.

Bagaimanapun, kemerosotan pasaran kewangan yang meluas pada tahun ini telah mendorong penurunan harga untuk aset kripto dan NFT.

Harga purata BAYC yang dijual sejak tujuh hari lalu kini $115,000, menurut data daripada NFT Stats, turun daripada sekitar $425,000 tiga bulan lepas.

Walaupun begitu, Scott+Scott masih dalam peringkat awal untuk mencari plaintif yang mengalami kerugian berkaitan dengan pembelian NFT dan token yang disokong Yuga dari April hingga Jun.

Selain NFT BAYC yang popular, Yuga Labs melancarkan ApeCoin pada bulan Mac melalui blockchain Ethereum bertujuan untuk memperkasakan ekosistem metaverse yang akan datang.

Namun, Scott+Scott menyelar tindakan firma itu yang memperkenalkan token berfokuskan komuniti.

ApeCoin kini didagangkan pada $5.80, susut ketara dari paras tertinggi sepanjang masa yang dicapainya pada 28 April, $26.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat