Pendapat Terkini Pengundi Baru FOMC Dalam Penetapan Polisi Monetari Fed Tahun Ini

393

Federal Reserve berkemungkinan hanya perlu menaikkan dua kali kadar faedah sahaja pada 2018 disebabkan tekanan harga yang lemah untuk mencapai sasaran inflasi 2%, kata Presiden Fed cawangan Atlanta Raphael Bostic pada Isnin.

Bostic adalah ahli yang mengundi penetapan polisi monetari The Fed tahun ini.

Kadar faedah jangka pendek yang dinaikkan sebelum ini tidak menyamai kenaikan dalam hasil-bon 10 tahun kerajaan AS, sekaligus menimbulkan kebimbangan penganalisis ekonomi.

Seorang lagi ahli Fed yang memberi ucapan pada Isnin adalah Presiden Fed cawangan San Francisco, John Williams.

Federal Reserve perlu memerangi kemelesetan dengan komited mengekalkan kadar faedah yang rendah untuk jangka masa yang panjang bagi memastikan peningkatan inflasi sepanjang tahun ini.

Williams juga akan mengundi dalam penetapan polisi monetari The Fed tahun ini. Pendekatan Williams dalam polisi monetari adalah ‘sasaran harga’ dan beliau sering mengutarakan pendekatan ini setiap kali di tanya tentang polisi monetari Fed.

Pandangan daripada kedua-dua ahli The Fed ini penting bagi pasaran kerana tahun ini giliran mereka pula untuk menetapkan polisi monetari bersama-sama 7 ahli yang lain.

Antara ahli Fed yang mengundi tahun ini adalah:

Pengerusi Fed: Jayrome Powell
Naib Pengerusi
New York: William Dudley
Cleveland: Loretta Mester
Richmond: Mark Mullinix
Atlanta: Raphael Bostic
San Francisco: John Williams
Board of Governors
Board of Gbovernors

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat