Pendapatan TM Dijangka Merosot RM1 Billion- Affin Hwang Capital

1,370

Selepas kejatuhan saham Telekom Malaysia Berhad (TM) sehingga 59% pada tahun ini, Affin Hwang berpendapat TM berkemungkinan meneruskan penurunan di masa akan datang.

Pihak Affin berkata demikian dalam melihat risiko ke bawah kepada ramalan pendapatan yang disebabkan kajian semula polisi dividen, peningkatan persaingan dan kemungkinan dikeluarkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI), Bursa Malaysia.

Affin Hwang Capital mengekalkan penarafan negatif mereka kepada TM dengan sasaran harga lebih rendah iaitu RM2.25 daripada RM3 sebelum ini.

Dalam laporan kajian yang dikeluarkan pada Selasa, apa yang mengancam TM adalah kemasukan syarikat baru yang meningkatkan lagi persaingan di kalangan penyedia perkhidmatan jalur lebar talian tetap sedia ada. Kemasukan mereka dijangka akan mencabar dominasi dan keuntungan TM itu sendiri.

Walaubagaimanapun, Affin Hwang tidak menjangka penurunan seterusnya terhadap harga pakej jalur lebar (broadband) dalam beberapa suku tahunan akan datang. Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan penurunan harga pakej sebanyak 39% dengan naik-taraf kelajuan internet.

Affin Hwang meramalkan pendapatan TM berkurangan sebanyak RM900 juta -RM1 billion pada tahun kewangan 2019-2020 berbanding 2016-2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat