Penderitaan Pound Sudah Berakhir?

158

Pasaran mata wang menyambut baik pengumuman Menteri Kewangan UK Kwasi Kwarteng untuk membatalkan pelan pemotongan cukai yang sebelum ini dilancarkan oleh kerajaan.

Mata wang pound melonjak pada sesi Eropah, menyaksikannya didagangkan di sekitar paras ketinggian satu minggu setelah menokok hampir 1% sebaik sahaja laporan mengenainya dikeluarkan.

Kwarteng kemudiannya membuat kenyataan di Twitternya, mengatakan bahawa kerajaan tidak akan meneruskan rancangan tersebut.

Sementara itu, US dolar kekal didagangkan lebih lemah dengan pergerakan yang terhad ketika tumpuan pasaran disasarkan kepada penerbitan data pembuatan ISM Amerika Syarikat pada sesi New York.

Memanfaatkan kelemahan US dolar, euro didagangkan lebih tinggi walaupun pada asasnya ia dilihat mendatar pada sekitar harga 0.98100 berbanding greenback.

Di Asia, mata wang yen merosot lebih jauh, memadamkan hampir kesemua keuntungan yang diraih susulan pengumuman campur tangan oleh Jepun sebelum ini.

Pada Isnin, Menteri Kewangan Shunichi Suzuki menegaskan semula pendirian Jepun untuk bertindak dalam pasaran pertukaran asing jika pergerakan yen yang tidak menentu berterusan.

Di sisi lain, mata wang antipodean dolar Aussie dan kiwi didagangkan positif menjelang mesyuarat polisi bank pusat Australia dan New Zealand pada minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat