Penerimaan Bitcoin (BTC) Mula Cetus Fenomena Di El Salvador!

1,663

Sedar tidak sedar, sudah lebih sebulan El Salvador merasmikan Bitcoin (BTC) sebagai tender sah bermula 7 September.

Sejajar dengan tempoh tersebut, kadar minat dalam kalangan penduduk negara itu menunjukkan peningkatan yang luar biasa.

Dalam twit terbaru oleh presiden El Salvador, Nayib Bukele mendedahkan aplikasi wallet kripto tempatan, Chivo mencatatkan sekitar 24,076 pemindahan wang, menjadikan jumlah keseluruhan mencecahkan $3,069,761.05 sehari.

Tidak cukup dengan itu, jumlah penukaran USD kepada BTC meningkat mendadak berbanding kadar pengeluaran aset dari ATM Chivo di seluruh negara.

Secara tidak langsung, laporan tersebut membuktikan sekitar 70% rakyat yang sebelum ini kurang gemarkan idea Bukele mula berminat dan tertarik dengan BTC.

Manakan tidak, pelaksanaan penerapan BTC dalam ekonomi El Salvador tidak semudah yang disangka kerana Bukele berhadapan dengan kritikan daripada golongan skeptikal yang menganggap cadangan tersebut hanya mengundang risiko besar.

Sebaliknya berlaku apabila kini populasi penduduk negara itu yang menggunakan wallet Chivo mencatatkan paras tertinggi berbanding rekod penggunaan akaun bank tempatan.

Barangkali beberapa faktor menarik seperti: penerimaan subsidi bagi aktiviti biasa, dan tawaran diskaun bagi pembelian bahan bakar telah mengundang minat mereka.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $62,078 dengan peningkatan 1.56% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat