Penetapan Kadar Oleh ECB dan Kadar Inflasi AS Jadi Tumpuan Utama Pasaran Hari Ini

693

Matawang safe-haven Yen didagangkan kukuh pada Rabu berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan pada hubungan perdagangan global selepas International Monetary Fund (IMF) telah menurunkan unjuran ekonomi global.

IMF pada Selasa telah merendahkan ramalan pertumbuhan global untukt tahun 2019 kepada 3.3%, iaitu kadar paling perlahan sejak 2016 berbanding ramalan sebelumnya pada 3.5% pada Januari lalu.

Sentimen pasaran dilihat berisiko ekoran ketegangan yang melanda antara Amerika Syarikat dan Eropah termasuk perkembangan pada rundingan tarif antara Amerika Syarikat dan China.

Pada Isnin, wakil perdagangan Amerika Syarikat mencadangkan senarai produk Kesatuan Eropah yang terdiri daripada pesawat komersial dan produk tenusu serta wain untuk dikenakan tarif sebagai balasan untuk subsidi pesawat Eropah.

Matawang Pound Sterling akan menunggu data pertumbuhan GDP dan juga data pengeluaran kilang pada sesi pasaran Eropah hari ini. Kedua-dua data dijangkakan akan mencatatkan bacaan yang menurun.

Selain itu juga, tumpuan pelabur juga turut terarah kepada mesyuarat persidangan Brexit melibatkan para pemimpin dalam Kesatuan Eropah pada hari ini dan dagangan GBP dijangka akan terus berisiko.

Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah bakal memperkenankan penangguhan Brexit yang dimohon oleh Perdana Menteri Theresa May dan mereka berkemungkinan akan meminta tempoh penangguhan yang lebih panjang ekoran Perancis yang menetapkan syarat yang menghadkan keupayaan Britain untuk pengunduran dari gabungan negara Eropah tersebut.

Euro juga bakal didagangkan lemah pada hari ini menjelang penetapan kadar faedah pada mesyuarat bank pusat Eropah pada jam 7.45 malam ini. Kadar faedah dijangka akan kekal di paras sifar tidak berubah daripada kadar sebelum ini.

Pada jam 8.30 malam pula, pasaran akan disajikan pula dengan bacaan data inflasi di Amerika Syarikat dan pastinya memberi impak besar terhadap dagangan dolar Amerika pada sesi New York nanti. Jangkaan pada kadar inflasi dan inflasi teras masing-masing dijangka meningkat  pada kadar 0.1% berbanding bacaan-bacaan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat