Pengacara CNBC Akui Ambil Risiko Jual Bitcoin (BTC) Ketika Pasaran Runtuh

1,216

Pengacara siaran CNBC rancangan Mad Money, Jim Cramer mengaku telah menjual hampir kesemua pegangan Bitcoin (BTC) ketika pasaran kripto tidak menunjukkan prestasi yang baik.

“Jual hampir keseluruhan Bitcoin. Saya dah tak perlukannya.” – Jim Cramer.

Jelas Cramer dalam temu bualnya bersama Squawk Box on the Street CNBC, tindakannya berdasarkan situasi Bitcoin yang tidak akan menunjukkan perkembangan positif kerana faktor berstruktur:

  1. Sekatan sektor kripto di China terutama dalam aktiviti perlombongan bitcoin hingga menyebabkan rekod hashrate menurun dan kebanyakan pelombong mula angkat kaki dari negara itu.
  2. Penyelia Amerika Syarikat (AS) akan bertindak lebih tegas susulan daripada serangan ransomware terhadap sistem Colonial Pipeline pada Mei hingga menyebabkan gangguan sementara bahan bakar di wilayah tenggara AS. Serangan tersebut melibatkan $4.4 juta Bitcoin sebagai tebusan.
  3. USDT dianggap memiliki struktur lemah dalam menyokong pasaran kripto kerana kontroversi berterusan mengenai rizab yang menyokong stablecoin

Ini mungkin kali kedua Cramer mencairkan aset kriptonya. Pada April figura itu pernah mengeluarkan sebahagian Bitcoin untuk membayar gadai janji dan menyifatkan tindakannya menggunakan “wang palsu untuk membayar wang sebenar”.

Apa-apa pun Bitcoin pada hari ini telah mencatatkan paras terendah harian sebentar tadi, mencecah $31,131 sebelum kembali meningkat kepada nilai semasa penulisan artikel, $32,637.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat