Pengakhiran 2021 Yang ‘Okay’ Bagi Pasaran Saham Global

163

Data ekonomi baharu Amerika Syarikat (AS) menyaksikan terdapat peningkatan kes jangkitan varian Omicron Covid-19 namun ia tidak akan memberi kesan teruk kepada ekonomi telah mendorong pasaran saham dunia meningkat sekaligus menandakan isyarat positif ekonomi.

Ia secara tidak langsung memacu keuntungan bagi minyak, dolar dan memulihkan sentimen apabila kerajaan AS yang menyatakan akan pelaksanaan isolasi berbanding sekatan perjalanan bagi membendung kerosakan terhadap ekonomi.

Tolok saham MSCI seluruh dunia macu 0.14% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah naik 0.15%.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.1%, S&P 500 tambah 0.15% dan Nasdaq Composite pacu 0.53%.

Dalam pada itu, pasaran Asia menyaksikan industri pengeluaran Korea Selatan naik 5.1% yang menandakan masalah rantaian bekalan semakin pulih dan saham China naik 1% ekoran kadar faedah Beijing yang akan menurun pada 2022.

Sementara itu, saham Jepun susut 0.4% bagi keuntungan tahunan 4.9% namun kurang daripada paras tertinggi 3 dekat yang dicapai pada bulan September dan saham kuasa besar semikonduktor Taiwan naik 24% tahunan.

Dolar AS naik 0.279% berbanding sekumpulan mata wang lain sementara Euro turun 0.32% pada $1.1312 dan Yen Jepun pada 115.2 yen.

Hasil perbendaharaan 2 tahun naik 55 mata asas sejak September pada 0.75% yang menghampiri paras tertinggi sejak Mac tahun lepas namun ia mencerminkan jangkaan kitaran kenaikan kadar yang agak pendek dan cetek dengan hasil 10 tahun jatuh lebih rendah dari kenaikan terakhir 6/23 dalam harga pada 1.522%.

Harga minyak mentah AS naik 0.47% pada $76.92 setong sementara harga minyak Brent turun 0.08% pada $79.17 setong.

Akhir kata dari Team Intraday, Selamat Tahun dan ingat ‘Baca Intraday, Baru Trade’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat