Pengakuan Bekas Pengarah FBI James Comey, Volatility Tinggi Pasaran?

65

Presiden Trump tidak akan membuat arahan eksekutif bagi menghalang bekas Pengarah FBI James Comey yang akan membuat kenyataan di hadapan Kongres minggu ini selepas Trump memecat beliau bulan lalu.

“Dalam usaha untuk memudahkan pemeriksaan lebih pantas dan menyeluruh mengenai fakta yang dicari oleh Jawatankuasa Perisikan Senat, Presiden Trump tidak akan membuat halangan eksekutif salah satu hak istimewa Presiden,” kata jurucakap Whitehouse Sarah Sanders pada Isnin.

Comey adalah ketua dalam siasatan yang melibatkan pihak Rusia dalam pilihanraya Presiden US tahun lalu yang juga melibatkan kempen Trump sebelum beliau dipecat oleh Presiden bulan lalu.

Presiden mempunyai hak istimewa eksekutif untuk menghalang kakitangan kerajaan dalam berkongsi maklumat.

Jika Trump membuat halangan eksekutif terhadap Comey, ia sudah tentu akan  memberi persepsi buruk kepada pentadbiran Trump yang mahu menyembunyikan maklumat dalam siasatan terhadap Rusia oleh FBI.

Ada laporan yang menyatakan, Comey merancang untuk bercakap tentang perbualan beliau dengan Presiden di mana Trump memberi tekanan kepada beliau untuk menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat Mike Flynn yang juga dipecat kerana gagal mendedahkan perbualan dengan pegawai Rusia.

Kedua-dua pihak Republikan dan Demokrat dalam panel perisikan Senat berhasrat untuk mengorek segala maklumat daripada Comey sama ada Trump cuba mempengaruhi penyiasatan.

Kehadiran Comey di Kongres adalah salah satu dari siasatan berkaitan Rusia, yang akan menjadi testimoni umum pertama beliau sejak dipecat pada 9 Mei.

Peristiwa ini di mana Comey akan membuat kenyataan pada Khamis sudah tentu menutup usaha-usaha White House dan juga memberi ancaman kepada agenda untuk menggantikan Obama Care dengan polisi kesihatan yang baru, tidak lupa juga perubahan percukaian yang dijanjikan.

Lebih teruk lagi jika pengakuan Comey akan meningkatkan usaha-usaha pemecatan Trump khususnya desakan-desakan dari pihak Parti Demokrat.

Pegawai perisikan US telah mengatakan sebelum ini pihak Rusia cuba mengganggu pilihanraya untuk mengalihkan undi kepada Trump, satu dakwaan yang dinafikan berkali-kali oleh Rusia. Trump juga menafikan hubungan kempennya dengan pihak Rusia.

Pengakuan Comey ini akan diadakan secara langsung di televisyen di mana stesyen yang terlibat adalah Fox News Channel, ABC, CBS.

Hal ini sudah tentu menjadi satu lagi peristiwa (event) yang mampu memberi kesan volatility tinggi kepada pasaran pada Khamis. Ditambah lagi dengan pasaran akan berhadapan dengan penetapan kadar ECB dan pilihanraya umum UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat