Pengakuan Bersalah Flynn Masalah Besar Bagi Presiden Trump

47

Keputusan bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan U.S. Michael Flynn untuk mengaku bersalah kerana berbohong kepada FBI tentang perbualan beliau dengan Duta Besar Rusia semasa pilihanraya presiden 2016, adalah satu perkara penting dalam siasatan yang dijalankan oleh penyiasat khas Robert Mueller. Hal ini berpotensi memberi kesan besar kepada Presiden Trump.

Keputusan Flynn untuk mengaku bersalah dan bekerja sama dengan penyiasat membuatkan Mueller percaya bahawa terdapat seseorang di belakang Flynn yang lebih berkuasa menghalang Flynn dari memberikan maklumat penting.

Flynn sebelum ini sejak awal kempen pilihanraya Trump adalah antara orang kepercayaan Trump. Ketika Trump menang, Flynn diberikan hadiah yang mengaitkan beliau kepada jawatan di Rumah Putih.

Pengakuan bersalah oleh Flynn adalah berbeza dan lebih serius dibandingkan dengan tuduhan terhadap ketua kempen pilihanraya Trump Paul Monafort.

Trump dilihat tidak mungkin akan menyangkal peranan yang dimainkan oleh Flynn dalam kempen tahun lalu seperti yang dia lakukan dengan George Papadopoulos yang mengaku bersalah kerana berbohong kepada FBI mengenai interaksi dengan pihak Rusia.

Tidak seperti Monafort, tuduhan terhadap Flynn berkait langsung dengan interaksi beliau dengan Duta Besar Rusia. Ini adalah antara perkara yang disiasat oleh Mueller tentang potensi campur tangan Rusia dalam pilihanraya presiden U.S. tahun lalu dan potensi hubungan antara Rusia dan kempen piluhanraya Trump.

Sebelum ini menantu Trump Jared Kushner juga dikaitkan dengan pemecatan bekas pengarah FBI James Comey. Selain itu, anak sulung Trump (Trump Jr.) juga pernah terlibat dengan beberapa orang Rusia di Menara Trump pada Julai 2016 – sebuah pertemuan yang bertujuan untuk memburukkan Hillary Clinton.

Sehingga kini, pengakuan Flynn semakin mendekatkan siasatan Mueller kepada Presiden Amerika Syarikat, namun ia tidak menunjukkan kedudukan Trump kini dalam bahaya. Ini hanya bermaksud, siasatan Mueller terhadap Rusia akan membawa petanda buruk kepada Trump dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat