Penganalisis Bagi Amaran Pasaran Kripto Mungkin Kecundang Lagi!

2,361

Penganalisis Matt Maley dari Miller Tabak + Co memberi amaran Bitcoin (BTC) mungkin akan berhadapan dengan pembetulan dahsyat jika gagal menembusi paras $40,000.

Jelasnya, jika tiada pelabur membuat pembelian dalam masa terdekat, pasaran tidak mustahil akan kembali suram sekelip mata.

Pada minggu lepas, raja kripto itu dilihat membuat pengujian pada paras melebihi $40,000 sebelum melonjak ke paras tertinggi, $42,605 pada 1 Ogos.

Bagaimanapun, Bitcoin dilihat gagal untuk tembus ke paras yang lebih tinggi. Sebaliknya aset Satoshi Nakamoto ini mencatatkan penyusutan dengan nilai semasa artikel ini ditulis didagangkan pada $37,903.

Pergerakan duka ini sedikit sebanyak terkesan daripada keputusan pengerusi Securities and Exchange Commision (SEC), Gary Gensler yang mahu perundangan matawang kripto diperketatkan.

Sebelum ini, Bitcoin pernah mencatatkan nilai terendah, $28,616 pada 22 Jun setelah mencatatkan julat nilai terendah sehingga $30,000 pada Mei.

Tidak pasti sejauh mana ramalan Maley, tetapi sudah cukup menunjukkan rekod terendah pada Jun lalu tidak mustahil akan berlaku lagi jika nasib tidak menyebelahi pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat