Penganalisis Kekal Optimis Terhadap Perkembangan KLK

144

Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) mencatatkan peningkatan kadar keuntungan bersih pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021 sebanyak RM783.94 juta.

Nilai keuntungan itu juga mencatat kenaikan dua kali ganda berbanding yang dicapai pada tempoh yang sama tahun lalu sekitar RM368.7 juta.

Manakala bagi perolehan pula pamer lonjakan kepada RM5.17 bilion daripada RM3.71 bilion dan pendapat sesaham asas naik kepada 72.7 sen berbanding 34.2 sen.

KLK menjelaskan bahawa peningkatan dalam prestasi ini telah dipengaruhi oleh keuntungan yang lebih baik daripada segmen perladangan, pembuatan dan pembangunan hartanah.

Susulan itu, MIDF Research mengekalkan saranan membeli untuk KLK dan mengubah harga sasaran (TP) kepada RM29.22 dari RM28.90 berdasarkan penilaian semula ramalan pendapatan bagi KLK.

“Kami tetap optimis mengenai prospek kumpulan yang berkembang maju jika dinilai kepada kemajuan perniagaannya di sektor perladangan dan pembuatan,” tambahnya.

Maybank Investment Bank Research juga meningkatkan anggaran keuntungan selepas cukai dan kepentinggan minoriti KLK (PATMI) kepada kadar peratusan yang lebih tinggi.

Menurutnya, KLK akan kekal menjadi sebagai pembelian utama dengan menyasarkan harga (TP) yang baharu di paras RM29.90 hasil daripada peningkatan PATMI.

Dalam pada itu, KLK mengeluarkan unjuran bahawa keuntungan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2021 dijangka akan bertambah dengan ketara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat