Penganalisis Kekal Saranan ‘Beli’ Untuk Saham TM

758

AmInvestment Bank mengekalkan saranan ‘beli’ untuk Telekom Malaysia Bhd (TM) berikutan rancangannya untuk mempertingkatkan teknologi rangkaiannya.

Menurut nota yang diterbitkan syarikat penyelidikan itu, ia dilihat dapat mengurangkan 700 pusat penukaran fizikal kepada hanya 2 di Malaysia dengan cloud-based software system yang membolehkan fungsi rangkaian maya.

Bersama-sama dengan peralihan lebih 100 tapak kepada pusat data, ia dijangka mengurangkan perbelanjaan operasi pada masa hadapan yang mana sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan kos pelesenan perisian.

Tumpuan utama dalam infrastruktur generasi seterusnya akan melibatkan pelancaran tapak rangkaian capaian radio 5G, penggunaan telco cloud, memodenkan rangkaian pengangkutan IP dan optik dan membangunkan 7 kabel dasar laut domestik/antarabangsa serta memudahkan platform siaran radio dan TV dengan menutup tapak warisan menjelang 2025.

Melalui cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsa TM Wholesale, syarikat itu juga telah bekerjasama dengan sembilan pembekal menara yang membolehkannya mengakses kemudahan tapak menara syarikat.

Kerjasama tersebut akan membolehkan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi untuk disambung ke menara, membolehkan prestasi dan keupayaan rangkaian berkualiti tinggi.

Susulan itu, AmInvestment Bank menetapkan saranan ‘beli’ tidak berubah pada RM1.70 sesaham berdasarkan kos purata wajaran modal sebanyak 6.2%, kadar pertumbuhan terminal 2% dan penarafan ESG neutral sebanyak 3 bintang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat