Penganalisis Kongsikan Tentang Perkara Apakah Yang Perlu Dijangka Para Pelabur Pada Disember!

385

Secara tuntas daripada pandangan para penganalisis,para pedagang matawang dan pasaran dapat menjangkakan lebih banyak pembelian bon, kos yang lebih rendah untuk bank dan bahkan perubahan pada kadar faedah daripada Bank Pusat Eropah.

Bank pusat telah memberi isyarat pada hari Khamis bahawa ia akan mempertimbangkan untuk melaksanakan lebih banyak rangsangan monetari pada bulan Disember. Pengumuman tersebut susulan keputusan Perancis dan Jerman untuk melaksanakan perintah berkurung dimana ia telah memberi impak yang besar pada ekonomi.

Setelah penularan wabak gelombang kedua, ECB telah melancarkan program pembelian bon kerajaan sebagai rangka untuk merangsang ekonomi. Program Pembelian Kecemasan Pandemik dijangka akan berlanjutan sehingga Jun 2021 dengan berjumlah 1.35 trilion euro ($ 1.51 trilion) pada asalnya.

Sekurang-kurangnya empat penganalisis menjangkakan program ini akan dilanjutkan, Selain itu, segelintir ahli ekonomi juga menjangkakan ECB akan melanjutkan kadar pinjaman terendah pada -1% sebagai sebahagian dari pakej rangsangan.

Disisi lain, ECB telah menerapkan kadar yang rendah sejak krisis hutang negara pada 2014. Dalam masa yang sama, kadar negatif juga merupakan alat dasar monetari, yang bertujuan untuk menyokong pinjaman bank dan menopang ekonomi benar.

Ditambah dengan petunjuk yang diberikan Lagarde, segelintir penganalisis berpendapat berkemungkinan kadar deposit diturunkan kepada -0.5%.

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada perkembangan ekonomi zon Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat