Penganalisis Kripto Terkemuka Kongsi Pandangan Penting, BTC Dijangka Bullish Pada Tarikh Ini!

1,717

“Alaaa jangan risaulah kalau BTC makin turun, korang tak suka ke dapat beli harga lagi diskaun?”

Ali Martinez, penganalisis pasaran mata wang kripto terkemuka berkongsi pandangan penting perlu diperhatikan para pelabur sejurus selepas harga Bitcoin (BTC) pada hari ini merudum lagi sehingga $64,126.

Didedahkan oleh Martinez setelah menggariskan carta kitaran dari tahun 2011 hingga 2015, 2015 hingga 2018, 2018 hingga 2022 dan lebih 2022, BTC turun naik secara ketara tetapi harganya dalam beberapa tempoh berjaya mencecah harga puncak semasa kitaran.

Berbekalkan data sejarah tersebut, Martinez sungguh percaya seluruh pasaran kripto boleh melihat kenaikan besar-besaran pada Disember 2024 dan Oktober 2025 jika kitaran BTC semasa mencerminkan tiga kitaran terakhir.

Menurut Jack Mallers, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Strike berkata harga BTC mampu mendaki 260% sehingga 1,357% iaitu mencecah antara paras $250,000 dan $1 juta dalam tempoh 10 hingga 18 bulan akan datang.

Sementara Bernstein yang merupakan penganalisis daripada Strike pula meramalkan BTC bakal mencecah $200,000 menjelang 2025 malah dengan beraninya menjangkakan harganya akan mencapai $1 juta menjelang 2033.

Penurunan pasaran kripto termasuk BTC pada hari ini adalah sebagai sebahagian daripada pembetulan harga yang bermula pada hujung minggu apabila Presiden Federal Reserve (Fed) Minneapolis Neel Kashkari meramalkan mungkin terdapat satu pemotongan kadar faedah sahaja pada 2024.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.53% pada paras $65,367 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 2.75% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat