Penganalisis Lihat Adanya Harapan! Adakah BTC Akan Kembali Meroket?

158

Momentum yang ditampilkan oleh pasaran kripto setakat ini menunjukkan momentum yang membangkitkan harapan pasaran berikutan penembusan paras rintangan harga BTC dan ETH. Hal ini memberi indikasi pertumbuhan selanjutnya dalam pasaran kripto. Sentimen pasaran yang bertambah baik ini mendorong beberapa mata wang kripto utama lebih tinggi, memberikan lonjakan harapan kepada pemain pasaran.

Selain itu, pasaran kripto global meningkat kepada $831.40 Bilion pada hari ini, kenaikan sebanyak 0.3% dalam 24 jam terakhir. Walau bagaimanapun, jumlah pasaran kripto menjunam 11.87% untuk mencapai tanda $$57.61 Billion. Jumlah dagangan dalam DeFi kini pada $3.64 Bilion, membentuk kenaikan 6.31% daripada jumlah keseluruhan pasaran kripto 24 jam.

Kripto Curve DAO dan GMX menunjukkan keuntungan tertinggi antara 100 mata wang kripto tersenarai teratas. Dalam 24 jam terakhir, harga CRV meningkat 10.22% kepada $0.685, manakala harga GMX naik 7.41% kepada $45.22. Sebaliknya, EthereumPoW dan Aptos adalah yang paling rugi, di mana harga ETHW didagangkan pada $3.33 menunjukkan kejatuhan 5.48%, manakala harga APT pada $4.28 mencerminkan kejatuhan 4.16%.

Pada awal hari ini, harga Bitcoin memberikan penembusan kenaikkan daripada garis arah aliran rintangan corak segi tiga menurun. Penembusan kenaikan harga daripada corak kesinambungan menurun menyerlahkan komitmen pembeli untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, harga BTC pada masa ini didagangkan pada paras $16558 dengan kerugian harian sebanyak 0.35%. Penurunan ini dijangka sebentar dan dilihat akan menguji semula rintangan

Jika tekanan belian berterusan, potensi kenaikan harga akan melonjakkan sebanyak 7% kepada paras $18200-$18000. Walaubagaimanapun sebelum hal tersebut berlaku, BTC perlu menakluki paras rintangan $17,000.

Harga Ethereum meningkat selama tiga hari berturut-turut memberikan penembusan kenaikan harga daripada rintangan gabungan $1185 dan garis arah aliran menurun. Penembusan kenaikkan ini menunjukkan peralihan dalam sentimen pasaran daripada jualan semasa kepada belian semasa penurunan. Walau bagaimanapun, ETH setakat ini didagangkan pada $1,195. Jika harga ETH kekal melebihi paras $1180, potensi peningkatan mungkin mendorong kenaikan harga sebanyak 12% untuk mencapai $1,340.

Sebaliknya, jika ETH gagal menawan paras rintangan 4 jam, harga Ethereum mungkin menjunam kembali kepada $1080.

Pemain pasaran setakat ini masih mengambil sikap berhati-hati berikutan keruntuhan FTX masih memberi kesan pada pasaran kripto.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat