Penganalisis Maybank Jangka Matawang GBP Meneruskan Kenaikan

1,235

Matawang Sterling dijangka akan meneruskan kenaikannya berbanding US dollar dalam beberapa minggu dan bulan akan datang. Menurut strategist matawang Maybank, mereka menasihatkan pelanggan untuk membeli GBP pada setiap penurunan (dip).

Cadangan ini diberikan selepas matawang GBP memulakan awal minggu ini dengan langkah kanan berbanding US dollar dan Euro.

Antara faktor fundamental yang menyokong kepada kenaikan ini adalah pengetatan pasaran buruh yang ditunjukkan dengan penurunan pengangguran dan kenaikan gaji. Hal inilah yang menyebabkan strategist Maybank ini melihat kenaikan Pound di masa akan datang. Bukan itu sahaja, ada faktor lain yang turut menyokong kenaikan itu.

“Kami mengekalkan jangkaan optimis kami terhadap GBP dengan jangkaan meyakinkan terhadap Brexit, kemajuan dalam pasaran buruh, dan juga peningkatan potensi kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE),” kata Saktiandi Supaat, strategist forex di Maybank Singapura, iaitu bank terbesar di Malaysia.

Matawang GBP dilihat kenaikan minggu lalu denga GBP/USD setakat ini naik 0.22% setakat pada pukul 9.27 malam.

Pasaran ketika ini sememangnya menjangka kenaikan kadar faedah BoE pada bulan Mei. Dalam mesyuarat bank pusat sebelum ini kadar faedah dikekalkan tetapi dua daripada sembilan ahli bank pusat mengundi untuk menaikkan kadar faedah tersebut sekaligus meningkatkan lagi potensi kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat