Penganalisis Naikkan Saranan ‘Beli’ Untuk Saham Ini!

742

Tenaga Nasional Bhd (Bhd) dilihat akan memperoleh manfaat daripada agenda peralihan tenaga Malaysia.

MIDF Research menaikkan penarafannya terhadap TNB kepada ‘buy’ daripada ‘hold’ kerana yakin ia bakal menjadi pusat kepada agenda itu.

Kerajaan kini agresif dalam sasaran tenaga boleh baharu (RE) dan dasar konstruktif untuk peralihan itu.

Firma penyelidikan itu berkata, TNB bukan sahaja dijangka memperoleh pulangan tambahan susulan pengembangan kapasiti RE, tetapi juga boleh mempercepatkan usahanya untuk menyahkarbonkan grid.

Di bawah Pelan Hala Tuju Tenaga Diperbaharui Malaysia, sembilan gigawatt (GW) kapasiti RE diperlukan menjelang 2035, menurut MIDF.

Tambahnya lagi, pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) pula menumpukan sasaran campuran RE sebanyak 70% yang mencadangkan keperluan untuk kapasiti RE baharu lebih 30GW sehingga 2050.

Susulan itu, ia berpendapat bahawa TNB adalah salah satu pemanfaat utama peluang itu kerana kunci kira-kiranya yang besar.

Ketika penulisan, saham TNB diperdagangkan tidak berubah sekitar RM9.60 dengan permodalan pasaran RM55.56 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat