Penganalisis Tafsirkan Ini Sebagai Isyarat Awal Daripada OPEC!

136

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman mengatakan OPEC dan sekutunya, OPEC+ akan terus proaktif dalam ketidaktentuan yang dihadapi pasaran pada ketika ini.

Hal ini kerana, langkah proaktif dan tindakan awal oleh OPEC+ sebelum ini telah membantu mengurangkan impak daripada beberapa kejutan yang dialami oleh pasaran.

Pasaran minyak telah mengalami turun naik yang tidak menentu pada tahun ini, terutamanya didorong oleh perang Rusia di Ukraine.

Malah, tatkala minyak mentah melonjak ke angka tiga digit, ramai pemimpin kerajaan menyatakan keresahan mereka degan menggesa pengeluar minyak untuk bertindak menurunkannya.

Namun, harga minyak beransur-ansur menurun berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelembapan ekonomi global.

Ekoran daripada itu, OPEC+ mengumumkan pada bulan Oktober untuk mengurangkan pengeluaran kerana menjangkakan pasaran akan mengalami lebihan bekalan pada suku keempat dan 2023.

Penganalisis mentafsirkan kenyataan Putera Abdulaziz sebagai isyarat bahawa OPEC bersedia untuk melaksanakan pemotongan dalam pengeluaran jika diperlukan.

Ini kerana, OPEC+ benar-benar bimbang tentang jangkaan kemerosotan permintaan tahun depan yang akan membawa pasaran kepada lebihan bekalan semula.

Melihat pergerakan semasa dalam pasaran minyak mentah, niaga hadapan Brent didagangkan stabil pada $80 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula positif pada $76 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat