Penganalisis Tingkatkan Saranan ‘Beli’ Untuk Saham Ini

1,224

MIDF Research meningkatkan saranan ‘beli’ daripada ‘neutral’ sebelum ini kepada Axis REIT selepas firma itu melihat penurunan dari tahun ke tahun sebanyak 9.9% dalam harga seunit saham sebagai peluang kepada para pelabur untuk melakukan belian.

Peningkatan saranan itu susulan pengumuman oleh syarikat berkenaan yang memperoleh aset perindustrian di Bukit Raja, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Dalam notanya hari ini, MIDF berkata, kesan pendapatan daripada pemerolehan tersebut dijangka pada kadar minimum kurang daripada 1% daripada pendapatan tahun kewangan 2021/ tahun kewangan 2022 (FY21/FY22) yang berakhir 31 Disember.

“Kami mengambil pendekatan neutral terhadap cadangan pemerolehan aset perindustrian di Bukit Raja kerana pemerolehan itu sejajar dengan strategi Axis REIT untuk memperluaskan portfolio aset perindustriannya,” kata penganalisisnya, Jessica Low Jze Tieng.

MIDF yang mengekalkan harga sasaran terhadap Axis REIT pada RM1.98, mengatakan prestasi syarikat terbabit kekal stabil kerana portfolio aset perindustriannya secara relatifnya terlindung dalam pandemik Covid-19.

Sementara tu, menurut MIDF, hasil dividen bersih Axis REIT dianggarkan kira-kira 4.4%.

Axis REIT mengumumkan akan mengadakan perjanjian jual beli untuk hartanah industri pegangan bebas di Bukit Raja di Shah Alam dengan jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM120 juta.

Cadangan pemerolehan tersebut dijangka selesai pada separuh pertama tahun ini.

Ketika artikel ini ditulis, saham Axis REIT melonjak 4 sen atau 2.19% kepada RM1.87, sekali gus menjadikan modal pasarannya sebanyak RM2.7 bilion

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat