Pengaruh NFP Masih Tidak Berdaya Dorong EUR/USD Susut Lebih Rendah

260

Pelabur dijangka terus mengambil aspek berwaspada terhadap matawang USD yang mana penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu pula yang akan menjadi tumpuan kepada pasaran.

Yakni Federal Reserve (Fed) sedang menantikan setiap data serta sentimen yang akan datang bagi melengkapkan langkah pengetatan dasar polisi iaitu ‘tapering’ seperti yang direncanakan.

Dalam pada itu, ucapan Fed juga yang tidak tergesa-gesa ingin menaikkan kadar faedah serba sedikit telah memberi manfaat kepada aset berisiko yang lain berbanding raja matawang itu.

Memantau kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga dilihat menokok tinggi menguji zon SBR (support become resistance) 1.16000 pada sesi New York (Isnin) sebelum sedikit susut.

Pergerakan harga juga tampaknya telah melepasi trendline resistance serta paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi isyarat awal kepada perubahan trend.

Namun sedikit penurunan pada penghujung sesi yang dijangka bakal berlaku pembetulan harga di paras sekitar 1.15600-1.15700 serta paras MA50 sebelum menyambung semula trend kenaikan.

Kenaikan yang diteruskan berkemungkinan akan menembusi zon SBR 1.16000 untuk terus terbang mencapai zon rintangan pada 1.17000 dan bakal dinilai oleh pelabur bagi melihat reaksi berikutnya.

Zon rintangan itu juga merupakan paras tertinggi 4 minggu yang pernah dicatatkan pada penghujung dagangan Oktober.

Andai kata pergerakan harga terus menyusut lebih rendah ditekan oleh pengukuhan USD, paras terendah sekitar 1.15135 berkebarangkalian akan diuji sebelum memasuki ke zon sokongan 1.15000.

Penurunan memasuki zon sokongan tersebut secara tidak langsung akan mencipta paras terendah terbaharu bagi 2021 dan mungkin memberi bayangan harga akan menjunam lebih parah lagi.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat