Pengasas Bithumb Ditangkap! Adakah Syarikat Akan Terkesan?

164

“Sebelum ni Terra, sekarang Bithumb pula.” 

Kang Jong-hyeon, 41 tahun yang merupakan pemilik sebenar syarikat exchanger mata wang kripto Bithumb telah dikenakan waran tangkap oleh pihak pendakwa atas kesalahan penyelewengan.

Dilaporkan, Pejabat Siasatan Pendakwa Daerah Selatan Seoul menjatuhkan hukuman terhadap Kang dan dua eksekutif Bithumb kerana menyeleweng dana, pecah amanah dan melakukan transaksi haram di bawah Akta Pasaran Modal.

Bithumb mempunyai dua anak syarikat iaitu Inbiogen dan Bucket Studio, di mana Kang Ji-yeon (adik beliau) merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CE) di kedua-dua firma tersebut.

Diperjelaskan lebih terperinci, Kang dipercayai telah menaikkan harga saham kedua-dua syarikat itu secara buatan dengan menerbitkan bon boleh tukar.

Sementara itu, naib presiden syarikat Vidente yang memegang saham Bithumb sebanyak 34.2% didapati membunuh diri di luar halaman rumahnya selepas disiasat oleh polis.

Sebagai konteks, saham setiap syarikat terikat antara satu sama lain; Vidente ialah pemegang saham terbesar tunggal Bithumb, Inbiogen ialah pemegang saham terbesar Vidente, dan Bucket Studio ialah pemegang saham terbesar Inbiogen.

Impak secara keseluruhannya, jumlah dagangan Bithumb menyaksikan penyusutan ketara sejak kebelakangan ini susulan daripada pelbagai dakwaan yang dikenakan terhadap syarikatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat