Pengasas Ethereum Mahu Tubuhkan ‘Bandar Kripto’?

2,399

Ketika pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan impiannya untuk menjadikan Facebook (kini dikenali Meta) sebagai sebuah ‘metaverse’, pengasas Ethereum tidak terkecuali berkongsi pandangannya berkaitan bandar kripto.

Dalam perkongsian ‘Crypto Cities’, Vitalik Buterin ada mengusulkan idea yang menggabungkan dua trends – koin kripto, dan non-fungible token (NFT), serta organisasi autonomi desentralisasi (DAO), dalam sebuah bandar baharu:

“Apa yang akan berlaku jika kita menggabungkan kedua-duanya sekali? Masuk akal atau tidak untuk mewujudkan sebuah bandar yang berteraskan ekonomi kripto – koin, NFT, DAO, dan penyimpanan rekod di rantaian bagi pengelakan anti-rasuah, atau keempat-empatnya?”

Buterin juga memberi rujukan terdekat, Miami yang sudah memiliki matawang kripto yang dinamakan dengan Miami Coin. Contoh lain ialah Reno yang sedang menguji RenoDAO dan NFT Projects.

Cadangannya bertujuan untuk menggalakkan negara atau bandar sedia ada memanfaatkan kehebatan teknologi blockchain.

Misalnya projek kripto yang mengujakan figura ini ialah CityDAO – sebuah projek pembangunan bandar di blockchain Ethereum.

Buterin sendiri mengharapkan pengaruh pertumbuhan teknologi kripto dapat berkembang pesat ke dalam sistem kerajaan yang sedia ada.

Ini rincian kes penggunaan yang menjadi tumpuan Buterin:

  1. Menggunakan blockchain untuk menawarkan proses sedia ada yang lebih dipercayai, telus dan boleh disahkan.
  2. Menggunakan blockchain untuk melaksanakan bentuk baharu pemilikan hartanah dan aset lain, termasuk pentadbiran demokratik yang diuji dan baharu.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat