Pengasas Ethereum Tidak Yakin Dengan Bitcoin (BTC), Gelar Bitcoin Cash (BCH) Gagal!

3,732

Pengasas Ethereum, Vitalik Buterin berkongsi sebahagian daripada ramalan dan penyesalannya.

Sebelum melancarkan Ethereum (ETH) pada 2015, Buterin sangat bullish dengan Bitcoin.

Jelasnya, ciri raja kripto ini memiliki fungsi anti rintangan dan rentas sempadan yang menawarkan perlindungan pemilikan dan kekayaan untuk pelaburnya terutama di beberapa negara seperti: Iran, Argentina, China, dan Afrika.

Bagaimanapun menerusi twit terbarunya pada 1 Januari 2022, figura ini menyedari yang penerapan kripto sangat tinggi, namun lebih tinggi lagi penerapan stablecoin kerana perniagaan di sana menggunakan Tether (USDT).

Balik semula ke 10 tahun yang lalu, Buterin yakin Bitcoin memiliki teknologi kalis penapisan daripada mendapat perhatian pihak kerajaan.

Tetapi pada hari ini, Buterin tidak nafikan ciri desentralisasi Bitcoin mampu menyokong ketahanannya untuk jangka masa panjang. Namun ia tidak akan berkembang maju.

Ethereum 2.0 “Proof of Stake (PoS)”

Peralihan Ethereum kepada versi 2.0 sangat dinanti-nantikan oleh seluruh komunitinya, begitu juga Buterin.

Apabila menyentuh tentang ‘the internet of money’, setiap transaksi yang dilakukan tidak patut menelan lebih 5 sen.

Disebabkan itu, pembangun Ethereum sedang berusaha untuk ‘memindahkan’ Ethereum keluar dari konsensus Proof of Work (PoW) kepada PoS, sekaligus meningkatkan skalabiliti rangkaian.

Bitcoin Cash (BCH) GAGAL

Jika pada 2017 Buterin sangat optimistik dengan Bitcoin Cash, tetapi disebabkan komuniti BCH yang memberontak menyebabkan mata wang kripto ini telah gagal.

Berikut perkongsian beliau:

Terlepas NFT

Buterin telah meletakkan ramalan masa depan terhadap desentralisasi kewangan (DeFi) yang tepat, tetapi terlupa dengan kewujudan dan pertumbuhan non-fungible token (NFT).

Buterin pun tak terlepas dengan dengan penyesalannya dalam kripto.

Anda pula bagaimana, ada penyesalan tak dalam pelaburan di dalam kripto?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat