Pengasas Instagram Tentang Mengapa Beliau Tinggalkan Facebook

976

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom muncul buat pertama kali pada Isnin di khalayak ramai sejak meninggalkan Facebook September lepas. Apabila ditanya tentang keputusan beliau meninggalkan syarikat itu, Systrom berkata “tiada siapa yang meninggalkan pekerjaan seperti itu kerana semuanya memang terbaik.”

Systrom adalah salah seorang yang berucap di WIRED25 sempena ulang tahun ke-25 Wired yang berlangsung di San Francisco. Walaupun sedikit kecewa dengan apa yang berlaku, Systrom mengatakan tiada perasaan buruk dan beliau teruja untuk memulakan sesuatu yang baru.

Beliau juga berkata Instagram kini berada “di tempat yang benar-benar baik”.

Menurut the New York Times, Systrom dan pengasas bersama Mike Krieger meninggalkan Facebook disebabkan ketegangan yang berlaku antara mereka dengan Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkaitan halatuju produk. Mereka juga kecewa dengan penglibatan Zuckerberg yang dianggap lebih banyak menggunakan Instagram untuk perkembangan Facebook.

Ketika ini, Systro berkata beliau dan Krieger masih mencari apa yang perlu dilakukan. Buat masa ini dia mengambil keputusan untuk menghabiskan masa bersama anaknya perempuannya yang baru lahir dan menggunakan masa senggang untuk belajar menerbangkan kereta daripada bekas jurutera Google yang kini menjalankan sebuah syarikat kereta terbang Kitty Hawk.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat