Pengasas McAfee Ditahan Atas Kesalahan Pengelakan Cukai Dan Penawaran Matawang Kripto

234

Department of Justice (DOJ) pada hari ini telah menahan pengasas perisian keselamatan siber, McAfee dan personaliti kripto, John McAfee di Sepanyol atas tuduhan penipuan dan pengelakan cukai.

Figura tersebut didapati mengelak membayar cukai dengan pelbagai cara termasuk menggunakan nama individu lain dan mengarahkan pembayaran ke akaun bank, akaun matawang kripto, harta tanah, kapal layar dan sebuah lagi kenderaan yang mana keseluruhannya bukan di atas namanya.

MacAfee juga gagal mengemukakan penyata cukai bermula pada 2014 hingga 2018 walaupun pada waktu yang sama menerima keuntungan daripada penawaran matawang kripto, tugas rundingan, bual bicara dan menjual kisah hidupnya untuk dijadikan sebuah dokumentari.

Jika disabit kesalahan, McAfee akan dikenakan hukuman penjara hingga 5 tahun bagi setiap 5 tuduhan pengelakan cukai dan penjara sehingga setahun bagi setiap lima tuduhan kerana gagal mengemukakan penyata cukai.

McAfee yang pernah tercalon sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) 2016 turut didakwa oleh Securities and Exchange Commission (SEC) kerana menipu, mengaku dirinya tidak menerima sebarang bayaran sepanjang menawarkan tawaran syiling permulaan (initial coin offering, ICO) melalui Twitter.

Sehingga 2018 barulah McAfee mengaku telah menerima bayaran lebih $23 juta dalam Bitcoin dan Ether dengan setiap ICO per tweet (kicau) McAfee meletakkan harga $105,000.

Pengawal peribadi, Jimmy Watson Jr. juga didakwa atas dakwaan berkomplot, membantu memindahkan dan menukarkan matawang kripto yang diterima McAfee.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat