Pengasas Tron (TRX), BitTorrent (BTT) Tawar $50 Juta DOGE Kepada Elon Musk

6,259

Siapa sangka, selepas pengasas Tesla dan SpaceX mengumumkan Dogecoin (DOGE) sebagai pembayaran pelancaran DOGE-1 To The Moon semalam, pengasas Tron tampil bersama dengan tawaran yang menarik.

Justin Sun menerusi kicauan di laman Twitter telah menawarkan Musk sejumlah DOGE bernilai $50 juta sebagai dana untuk pelancaran satelit SpaceX ke bulan bagi Tron dan BitTorrent.

“Saya nak bayar dalam Doge bernilai $50 juta bagi pelancaran ini dan anda perlu pertimbangkan tawaran ini memandangkan SpaceX memerlukan transaksi pertama yang dibayar dalam doge.”

Bagaimanapun, Musk setakat ini masih belum menunjukkan sebarang respons.

Berdasarkan pengumuman Musk semalam, satelit itu akan dilancarkan pada 2022 dan misi itu akan dibayar dalam DOGE. Secara tidak langsung ini akan menjadikan matawang yang diinspirasikan oleh anjing shiba inu merupakan kripto dan meme pertama di ruang angkasa.

Tawaran daripada Sun mungkin boleh dianggap  projek terbaru, jika berjaya direalisasikan, selepas Dogecoin menyertai Tron Network menyokong Poloniex, JustSwap, JustLend dan platform Sun.io pada 6 Mei.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.45, susut lebih 15% dalam 24 jam dengan nilai pasaran berada pada $59.09 bilion.

Manakala Tron (TRX) dan BitTorrent (BTT) masing-masing berada di paras harga $0.122 (-15.73%) dan $0.0063 (-13.27%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat