Pengasas WallStreetBets Mahu Jadikan Saham ‘Lebih’ Kripto

924

Pengasas WallStreetBets (WSB) dalam pengumuman terbaru mahu menggunakan teknologi blockchain untuk memerangi manipulasi pasaran saham.

Beberapa figura terkemuka dalam komuniti WSB dilaporkan telah bekerjasama dengan pakar blockchain dan teknologi fintech untuk membangunkan portfolio perdagangan pertukaran (exchange-traded portfolio, ETP).

ETP tersebut akan tampil sebagai alternatif kepada manipulasi pasaran yang dilakukan oleh dana lindung nilai dan bank yang berkaitan dengan politik.

Usaha ini berpotensi untuk menjadi realiti dengan organisasi autonomi yang desentralisasi (decentralized autonomous organization, DAO). Ini bermakna, ia terletak dalam tangan ahli komuniti dengan hak mengundi, bukannya bergantung kepada individu dan institusi yang berpengaruh.

Malah, pelabur runcit juga berpeluang untuk mengundi dengan menggunakan aplikasi mudah alih, termasuk menerima pendedahan berkaitan ETP.

“Kami cuba melawan melalui protes selepas keruntuhan kewangan global pada 2009-2009. Kemudian, kami cuba mengalah orang besar dalam Wall Street dalam permainan mereka sendiri dengan short squeezing sehingga hampir bankrap.

Dengan ETP yang bakal dilancarkan, kami berharap dapat keluar dari sistem ini supaya lebih adil dan bergantung kepada komuniti,” jelas CEO DApp WallStreetBets, @BTCVIX.

Secara mudahnya; Jika pemilik token (WSB) percaya saham Tesla wajar terdiri daripada 90%, bukan 10% dari portfolio ETP tertentu, maka dibolehkan untuk undi dengan menandatangani transaksi mudah menggunakan token WSB mereka ketika kitaran mengundi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat