Pengasas WikiLeaks Terima $500K Dalam Kripto Ini, Siapakah Penderma Misteri Itu?

204

“Pemurah betul penderma ni, 8 BTC kot dia bagi bukan seketul dua.”

Wallet pengasas WikiLeaks, Julian Assange menerima hampir $500,000 dalam Bitcoin (BTC) daripada penderma misteri sejurus selepas dibebaskan dari penjara Belmarsh yang dikawal keselamatan tinggi di United Kingdom (UK) pada Isnin lepas atas kesalahan menjadi pemberi maklumat.

Menurut data blockchain, pendermaan kira-kira 8.2 BTC bernilai $492,254 telah dipindahkan daripada wallet multisignature ke address derma BTC Assange seperti yang dipaparkan di laman web freeassange.org.

Baru-baru ini, isteri Assange menyeru pengikutnya menunjukkan sokongan kewangan terakhir dengan mencari $520,000 bagi membayar hutang kepada kerajaan Australia susulan menggunakan penerbangan sewa VJ199 untuk perjalanan suaminya ke mahkamah.

Memang tidak dinafikan keluarga tersebut berjaya mengumpul lebih 78% daripada dana sasaran melalui Crowdfunder pada Rabu lalu, tetapi derma BTC diterimanya pada Selasa sudah meliputi hampir keseluruhan perbelanjaan hutang.

Didedahkan, Assange dibebaskan pulang ke Australia sejurus selepas mengaku bersalah di mahkamah atas satu pertuduhan mengintip, bagaimanapun Hakim Ramona Manglona menyatakan tiada kecederaan fizikal sebenar berlaku disebabkan tindakannya.

Biarpun tidak secara langsung menuntut kredit bagi derma tersebut, personaliti internet Andrew Tate yang membalas emoji hadiah kepada seseorang telah menarik perhatian ramai.

Namun, komuniti BTC dalam talian yang bersikap ragu-ragu telah menyeru Tate menandatangani transaksi secara peribadi untuk membuktikan kawalannya terhadap address pengirim di tengah-tengah pemerhati turut menyedari tuntutan daripada personaliti kaya lain iaitu Jack Dorsey.

Hal ini kerana Dorsey menulis tweet “Safe pass through” dalam akaun media sosial X ditambah pula beliau menerajui pelbagai inisiatif infrastruktur BTC dan berulang kali menderma wang kepada pembangun termasuk memegang BTC pada kunci kira-kira firmanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat