Pengeluaran Industri China Meningkat Pada Kadar Rendah

80

Pengeluaran industri di China meningkat sebanyak 6.2% pada November berbanding tempoh sama tahun lepas. Bacaan ini dikeluarkan oleh Biro Statistik Nasional China (National Bureau of Statistics) pagi tadi. Bacaan yang dikeluarkan lebih tinggi berbanding Otober yang mencatatkan 6.1%.

Data ini dikira dengan melihat perubahan jumlah keluaran oleh kilang-kilang di China. Ia dikeluarkan setiap bulan selepas 13 hingga 15 hari bulan tersebut berakhir. Bagi data bulan November, ia dikeluarkan pada hari ini iaitu 13 haribulan Disember. Data ini membandingkan data bulan November tahun ini dengan tahun lepas (y/y).

Data ini penting untuk melihat keadaan ekonomi China, kerana pengeluaran di China ini memberi respon pantas kepada pembangunan ekonomi atau sebaliknya.

Manakala dalam data berasingan, petunjuk ekonomi pelaburan aset-tetap yang juga merupakan petunjuk kepada perbelanjaan jangka panjang meningkat sebanyak 8.3% pada Januari-November. Pelaburan di kawasan bandar (urban) meningkat pada kadar sama sehingga Oktober. Pertumbuhan dalam kategori data ini mula perlahan sejak tiga tahun lepas.

Penganalisis ekonomi menjangkakan jualan runcit akan meningkat pada November. Peningkatan dalam pengeluaran industry dan pelaburan di kawasan bandar memang dijangkakan sama seperti bacaan hari ini.

China sudah lama bergantung kepada perbelanjaan hutang untuk memacu ekonomi mereka. Bacaan pada hari ini menstabilkan ekonomi China setelah mengalami ekonomi yang suram sepanjang 2015. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau Gross Domestic product (GDP) telah meningkat 6.7% (y/y) dari tahun ke tahun pada setiap suku tahunan 2016.

Sektor perkhidmatan yang sedang diberi perhatian oleg Beijing sekarang meningkat pada kadar yang pantas pada November yang menunjukkan perbelanjaan domestik yang kukuh di China. Data ‘Indeks purchasing manager dalam sektor bukan-pembuatan’ (PMI) meningkat kepada 54.7 pada November dari 54.0 bulan sebelum. Ia merupakan peningkatan tertinggi sejak pertengahan 2014.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat