Pengeluaran Industri UK Jatuh 0.1%, Gbp/Usd Jatuh Hampir 50 Pip

42

Pengeluaran industri di UK merosot 0.1% pada Mei berbanding jangkaan pasaran 0.3%. Pengeluaran dalam sektor pembuatan jatuh 0.2% pada tempoh sama yang mana di bawah jangkaan pertumbuhan 0.5% di mana dari tahun ke tahun meningkat 0.4%.

Sektor farmasi melemah pada tempoh sama, begitu juga sektor tenaga yang merosot disebabkan faktor cuaca.

Ekonomi Britain semakin perlahan pada 2017 selepas keputusan pengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam referendum Jun 2016.

Pengguna di UK yang merupakan pemandu utama pertumbuhan ekonomi kini menunjukkan data perbelanjaan yang merosot berikutan peningkatan inflasi. Inflasi pula banyak disebabkan kesan dari Brexit sehinggakan Pound menyusut nilai.

Walaubagaimanapun, kebimbangan ketika ini adalah kepada kurangnya kapasiti dalam ekonomi dan juga terdapat bukti penangguhan penghantaran barangan yang telah ditempah. Faktor-faktor ini akan menjadi halangan terbesar pertumbuhan pengeluaran dalam jangka masa sederhana.

Oleh itu, adalah sukar untuk sektor perindustrian mengimbangi pertumbuhan dalam perbelanjaan runcit seterusnya mengurangkan potensi pengetatan polisi Bank of England.

Data UK yang lain juga lemah daripada jangkaan dengan kejatuhan 1.2% dalam sektor pembinaan.

Matawang Gbp melemah selepas data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd jatuh hampir 50 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat