Pengeluaran Industri Zon-Eropah Jatuh 0.3% Pada Februari

47

Pengeluaran perindustrian Zon-Eropah susut 0.3% pada Februari berbanding dengan jangkaan kenaikan 0.1%. Data sebelum ini yang telah dikaji semula kepada kenaikan 0.3% dari 0.9% yang dilaporkan pada mulanya.

Pengeluaran dalam komponen bahan api merekod kejatuhan mendadak sebanyak -4.7% pada tempoh sama, di mana barangan modal dan perantaraan naik pada Februari.

Kenaikan tahunan mengukuh kepada 1.2% dari 0.2% sebelum ini, walaupun ia masih lagi rendah dari jangkaan 2.0%.

Pengeluaran bahan api meningkat sedikit dari tahun ke tahun di mana terdapat kenaikan dalam barangan modal, barangan perantaraan dan barangan mesin. Kelemahan sekali lagi dilihat dalam komponen barangan bukan mesin yang merekod kejatuhan 2.4% dari tahun ke tahun.

Kelemahan dalam pengeluaran barangan pengguna akan meningkatkan keraguan terhadap tren perbelanjaan pengguna walaupun hubungkait kedua-dua petunjuk ini tidak cukup kuat dan berkemunginan kesannya hanya sementara.

Dari segi bulanan, terdapat kejatuhan mendadak dalam pengeluaran di Ireland, di mana Perancis juga merekod kejatuhan pada tempoh sama. Data agak mengecewakan jika dilihat dari segi bulanan.

Tiada reaksi pasaran yang signifikan selepas data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat