Pengeluaran Minyak Mentah Dijangka Meningkat, Harga Komoditi Hitam Kekal Tinggi

285

Dagangan minyak mentah terus meningkat susulan perkembangan terbaru perdagangan mengenai perjanjian fasa pertama akan ditandatangani tidak lama lagi meskipun dagangan perlahan disebabkan kebanyakan pasaran masih dalam mod percutian.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 20 sen kepada $67.47 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok 26 sen kepada $61.37 setong.

Penganalisis berpendapat bahawa harga minyak terus menunjukkan pengukuhan menjelang akhir tahun yang disokong oleh tercapainya perjanjian perdagangan fasa pertama AS dan China serta keputusan OPEC dalam penambahan pemotongan pengeluaran minyak mentah baru-baru ini.

Kenyataan Presiden AS Donald Trump bahawa beliau dan Presiden China Xi Jinping akan mengadakan upacara rasmi untuk mendatangani perjanjian merupakan satu perkhabaran baik dalam hubungan antara dua negara itu yang sebelum ini telah banyak menjejaskan pertumbuhan global dan permintaan terhadap minyak mentah.

Permintaan yang rendah juga menyebabkan pemotongan pengeluaran oleh OPEC dan sekutunya iaitu OPEC+ dilihat kurang berkesan untuk menyokong pasaran minyak mentah.

Bagaimanapun, pasaran tetap berhadapan dengan tekanan daripada bekalan yang dijangka akan meningkat. Ini adalah susulan perjanjian yang ditandatangani oleh Kuwait dan Arab Saudi bagi menamatkan pertikaian terhadap ‘Zon Neutral’ pada Selasa lepas.

Perjanjian yang dicapai dikatakan bakal menyambung semula pengeluaran minyak mentah yang boleh menghasilkan 0.5% daripada bekalan global.

Emas pula terus diniagakan meningkat di atas paras $1,500 pada sesi Asia meskipun terdapat perkembangan positif mengenai perjanjian dagang AS dan China.

Sementara itu, Menteri Kewangan Rusia, Anton Sluanov berkata negara itu sedang mempertimbangkan untuk melabur sebahagian daripada dana kekayaan negara dalam pelaburan emas, selain menyatakan beliau melihat pelaburan logam berharga itu adalah lebih mampan dalam jangka masa panjang daripada aset kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat