Pengembaraan Fortnite Kini Kembali Di iPhone!

142

Aplikasi permainan mudah alih, Fortnite nampaknya akan buat comeback di iPhone selepas Apple bertindak membuang aplikasi tersebut dari App Store dan menamatkan akaun pembangunnya, Epic Games.

Namun, kemunculan permainan video itu kali ini berbeza dengan yang sebelumnya kerana pengguna iPhone perlu mengakses permainan tersebut menerusi perkhidmatan cloud gaming, Nvidia iaitu GeForce Now.

Disebabkan sekatan Apple terhadap perkhidmatan game streaming, Nvidia Corp telah mengembangkan servis GeForce, yang sepatutnya merupakan standalone app bagi membolehkan platform itu disokong laman carian Safari. Usaha tersebut telah berjalan sejak Ogos lagi.

Dijangka Nvidia akan mengumumkan penambahbaikan perkhidmatan GeForce Now dalam bulan ini dengan sokongan terhadap iOS Apple.

Ramai yang menganggap ‘drama’ ini tidak masuk akal ekoran daripada kerjasama Epic Games dan Nvidia untuk melepasi sekatan Apple pada aplikasi iPhone dan iPad.

Sehingga kini Apple tidak memberi sebarang komen.

Terdahulu pada Ogos, Epic Games telah menyaman Apple susulan daripada pengalihan Fortnite daripada App Store. Menurut laporan, tindakan Apple berdasarkan kesalahan Epic Games melanggar peraturan cloud gaming yang telah digariskan oleh firma teknologi itu.

Perbalahan dua firma itu akhirnya mendorong Microsoft campur tangan, mengecam tindakan Apple yang dianggap memberi impak besar kepada pencipta permainan digital.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat