Pengenaan Cukai Import China Mampu Memberi Kesan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi US?

771

Amerika akan membayar lebih banyak untuk kebanyakkan barang dari TV sehingga ke barangan sekolah jika pentadbiran Trump masih meneruskan pengenaan tarif ke atas import China, amaran daripada peruncit US.

Persiden Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan duti hampir $150 billion bagi barangan China sebagai hukuman kepada Beijing kerana telah melanggar undang-undang hak cipta. Namun pentadbiran tidak memberitahu bilakah tariff tersebut akan mula dikenakan, ia masih lagi ditangguhkan kerana rundingan oleh pentadbiran China.

Wakil perdagangan US mengatakan bahawa pengenaan tarif itu tidak akan meningkatkan harga pengguna. Namun wakli industri runcit US mengatakan pada hari Rabu, bahawa senarai tarif itu melibatkan televisyen, monitor, peti ais kecil daa beberapa produk yang dijual di Walmart.

Menurut Davide French, cukai yang tinggi adalah cukai atas pertumbuhan yang akan memberi kesan sampingan kepada pengguna dan pekerjaan US.

General Electric salah satu syarikat terbesar dan pengeluar mengatakan pengenaan tarif ke atas barangan kapal terbang dan perubatan mampu untuk memberi kesan terhadap operasi dan pekerjaan US.

Walaubagaimnapun belum ada jangkaan dalam kalangan pakar ekonomi terhadap kesan tarif dalam jangka masa panjang terhadap harga. The Fed San Francisco President John Williams mengatakan pada 15 Mei bahawa peningkatan yang tinggi dalam tarif akan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan naikkan inflasi. Namun IMF Western Hemisphere pula berpendapat peningkatan harga daripada tarif hanya bersifat sementara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat