Pengenaan Tarif Beri Kesan Pada Pertumbuhan Sektor Pembuatan Bulan Mac

500

Aktiviti perkilangan U.S bertumbuh dengan perlahan pada bulan Mac berikutan kekurangan tenaga mahir tetapi pertumbuhan sektor pembuatan kekal didorong oleh permintaan yang tinggi dalam sektor domesktik dan ekonomi global.

Berdasarkan kaji selidik Institute for Supply Management (ISM) yang dikeluarkan pada hari Isnin menunjukkan terdapat peningkatan dalam kos bahan mentah dan kerisauan dalam kalangan pengkilang terhadap kesan tarif barangan import keluli dan alimunium.

Menurut Timothy Fiore, pengerusi ISM, ” permintaan kekal kukuh, tetapi sumber tenaga kerja dan supply chain masih lagi bergelut untuk mencapai piawaian.”

Bacaan indeks ISM bagi aktiviti perkilangan jatuh daripada 59.3 pada bulan lepas daripada 60.8 pada bulan Februari. Bacaan atas indeks ISM 50 menunjukkan pertumbuhan dalam pembuatan.

Pengeluar alatan perkilangan berpendapat pengenaan tarif ke atas barangan import keluli dan alimunium telah mencetuskan situasi panik dalam pembelian. Hal ini menyebabkan harga meningkat dalam jangka pendek dan mendorong kepada kekurangan inventori bagi pelanggan bukan kontrak.

Trump mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan import keluli dan 10 peratus bagi alimunium pada awal bulan Mac.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat