Pengenalan ‘Ringgit Future’ Oleh Singapura, BNM Beri Peringatan Keras

121

Tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada institusi perbankan yang beroperasi menggunakan lesen di Malaysia untuk tidak terlibat dalam dagangan hadapan (future) Ringgit di Singapore Stock Exchange dan Intercontinental Exchange dilihat akan memberi faedah kepada Ringgit, kata penganalisis kewangan.

“Tindakan yang diambil oleh BNM akan memberi faedah kepada Malaysia kerana ia akan menghentikan spekulasi matawang,” kata Stephen Innes ketua dagangan Forex di Oanda.

“Tetapi ada pelabur yang berharap Bank Negara Malaysia lebih terbuka terhadap pengenalan Ringgit di pasaran global melalui bursa yang dikawal dengan regulasi ketat,” tambah beliau.

BNM sudah tentu mempunyai kuasa dalam mengambil tindakan terhadap bank-bank yang beroperasi di Malaysia, tetapi ia berpotensi akan dicabar dari segi undang-undang jika melibatkan entiti dari luar, khususnya jika undang-undang Malaysia tidak jelas boleh digunapakai terhadap dagangan hadapan Ringgit di luar negara, kata Nizam Ismail pengamal undang-undang.

Gabenor BNM, Muhammad Ibrahim pada Jumaat memberitahu sidang media bahawa sebarang transaksi ringgit di Singapura melibatkan pelanggan Malaysia dan bank yang dilesenkan di Malaysia akan tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

November lepas, BNM telah menggesa agar pedagang matawang di luar negara menghentikan aktiviti spekulasi yang menyebabkan kejatuhan ringgit dan meminta mereka (bank) menandatangani komitmen untuk menghentikan dagangan ringgit di pasaran NDF (Non-Delivarable Forward).

Jimmy Zhu, ketua strategi di Fullerton Markets dilaporkan berkata, ia tidak mengejutkan di mana tindakan BNM yang berfokus kepada bank antarabangsa yang dilesenkan di Malaysia.

Tindakan oleh Malaysia ini dilihat boleh memandu kenaikan Ringgit dengan regulasi ketat digunapakai oleh Bank Negara Malaysia yang mengawal regulasi pasaran kewangan di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat