Pengerusi UDA Pencetus Gelombang Ke-2 COVID-19?

1,583

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan gelombang kedua wabak coronavirus. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 14 kes yang dikesan positif akibat kontak rapat dengan kes ke-26.

Selain itu, gelombang kedua tersebut dikenalpasti bermula 27 Februari yang lalu setelah 11 hari menyepi tanpa kes baru. Berdasarkan gelombang itu, satu kluster telah dikesan dan melibatkan kes ke-26.

Menurut siasatan yang dijalankan, terdapat 215 kontak rapat dapat dikesan. Daripada jumlah berkenaan, 16 kes telah disahkan positif manakala 19 adalah negatif dan seramai 180 individu masih menunggu keputusan.

Kontak rapat itu dipercayai terjadi apabila menghadiri beberapa majlis yang turut disertai kes ke-26.

Kini, terdapat desas-desus yang mendakwa bahawa punca utama penyebaran wabak tersebut dikaitkan dengan Pengerusi UDA Holdings Sdn Bhd (UDA), Datuk Hisham Hamdan. Namun begitu, beliau bertindak menafikan dakwaan tersebut.

Dalam sebuah kenyataan, beliau mendedahkan bahawa gejala batuk dan demam yang dialami pada 27 Februari lalu dikhuatiri berpunca daripada demam denggi. Oleh yang demikian, Datuk Hisham telah menerima rawatan dan menjalankan ujian merangkumi COVID-19 di salah sebuah hospital swasta yang terletak di Subang Jaya.

Pada keesokan harinya, pihak hospital telah memaklumkan bahawa beliau positif COVID-19 lalu diminta untuk dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani rawatan dan pengasingan. Ianya menjadikan beliau sebagai individu ke-26 yang disahkan dijangkiti.

Namun, terdapat kemungkinan bahawa terdapat individu lain yang telah dijangkiti, tetapi tidak dapat dikesan.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa mesyuarat yang dihadiri bersama individu ke-21 hingga ke-27 yang disahkan positif virus tersebut. Manakala pada 27 Februari, beliau telah menghadiri beberapa mesyuarat yang melibatkan 13 ahli lembaga bukan pengurusan dan individu pengurusan yang kemudiannya disahkan negatif.

Seterusnya, Datuk Hisham mendedahkan bahawa beliau pernah menghadiri sebuah persidangan di Shanghai yang bermula pada 13 hingga 17 Januari lalu. Akan tetapi, tidak mengalami sebarang gejala virus itu setelah 6 minggu tiba ke tanah air. Ketika itu, wabak berkenaan hanya dilaporkan hanya berlaku di bandar Wuhan serta beliau tidak pernah berkunjung ke sana.

Sehubungan dengan kes itu, kesemua kakitangan UDA diarahkan untuk bekerja dari rumah bermula 3 Mac hingga ke tarikh yang bakal dimaklumkan kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat