Penggodam China Dan Iran Sasar Kempen Pilihanraya Trump, Biden

265

Pegawai kanan keselamatan Google memaklumkan bahawa terdapat cubaan menggodam dari penggodam negara China, menyasarkan kakitangan yang terlibat dengan parti Demokrat, Joe Biden dalam kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Turut dipercayai penggodam dari Iran juga baru-baru ini cuba untuk menggodam akaun emel milik kakitangan kempen presiden AS Republik, Presiden Donald Trump.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman sosial Twitter oleh ketua Kumpulan Analisis Ancaman Google, Shane Huntley, merupakan jenayah terbaru yang melibatkan rutin pengintipan digital yang ditujukan kepada ahli politik terkemuka. Beliau juga mengatakan bahawa tiada tanda-tanda kompromi dari kedua-dua kempen tersebut.

Cubaan penggodam Iran ke atas emel kakitangan kempen Trump bukan perkara yang mengejutkan memandangkan sebelum ini juga dilaporkan isu yang sama. Pada tahun lepas, Microsoft Corp mengumumkan bahawa tindakan penggodam, yang digelar sebagai Charming Kitten, mencuba masuk ke dalam akaun emel bagi kegunaan kempen presiden AS yang tidak bernama, yang mana menurut sumber ianya milik Trump.

Tidak cukup dengan itu, Charming Kitten yang bertanggungjawab ke atas unsur godaman terhadap kempen Trump turut mendapat liputan luas dan perhatian ramai kerana cubaan menggodam syarikat perubatan, Gilead Sciences Inc.

Google tidak memberi sebarang maklumat lanjut berkenaan kenyataan Huntley. Sebaliknya melaporkan bahawa pihak mereka sudah memberi amaran kepada penggodam mengenai ancaman serangan yang disokong oleh pihak kerajaan dan memberitahu isu ini akan dirujuk kepada penguatkuasa undang-undang persekutuan.

Isu ini sering menjadi perhatian memandangkan ia melibatkan campur tangan dalam pilihan raya, terutama sejak agensi perisikan AS memaklumkan cubaan menggodam dan penyebaran propaganda untuk mengganggu proses pilihan demokrasi Amerika pada 2016 sekaligus membantu Trump menjadi presiden. Antara sasaran mereka ialah peralatan digital yang digunakan dalam kempen calon presiden Demokrat 2016, Hillary Clinton.

Jurucakap kempen Biden menjelaskan perkara itu sudah dimaklumkan oleh Google. Mereka bernasib baik cubaan untuk menggodam akaun emel kakitangan kempen, gagal dengan langkah-langkah berjaga yang diambil lebih awal kerana mereka sudah menjangkakannya. Manakala bagi pihak kempen Trump, mereka tidak memberi sebarang komen berkenaan isu tersebut.

Ketua pasukan Analisis Perisikan dari FireEye, John Hultquist menyifatkan dua kumpulan penggodam itu sebagai ‘pelaku pengintipan’ dan menjelaskan golongan tersebut tiada unsur mencuri sebarang bahan dan didedahkan dalam talian tetapi hanya bertindak untuk perisikan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat