Penggodam Crypto Terjerat Oleh Perangkap Sendiri

1,914

7 Mac 2018, merupakan hari yang paling sibuk dalam dunia cyrpto pada tahun 2018. Dalam minggu ini terdapat beberapa isu besar yang datang bertalu-talu, antaranya isu yang disabitkan dengan syarikat pertukaran crypto Binance.

Binance merupakan salah satu syarikat pertukaran matawang crypto terbesar dunia. Ia menjadi bursa utama pilihan pedagang crypto kerana perkhidmatan yang ditawarkan sangat memuaskan. Setiap hari syarikat tersebut mengendalikan berjuta-juta dolar dalam perdagangan.

Pada hari tersebut, iaitu 7 Mac perdagangan antara VIA/BTC mengalami aktiviti perdagangan yang tidak normal seperti mana yang dikatakan oleh Binance.

Penggodam telah mengumpulkan banyak butiran akaun melalui sebuah phising website yang hampir serupa seperti website rasmi Binance.

Menurut Binance terdapat penggodam yang mencuba untuk mengambil informasi pengguna pada platform Binance.

Kemudian, penggodam menggunakan kunci API palsu untuk merentas dan melakukan transaksi atas nama pengguna. Hal ini menyebabkan jumlah transaksi matawang crypto meningkat.

Menurut Changpeng Zhao (CZ), CEO Binance, sistem pengurusan risiko mereka mampu mengesannya dan semua perdagangan dihentikan serta merta. Maksudnya pengguna tidak dapat mengeluarkan matawng crypto mereka untuk sementara waktu.

Lebih ironi penggodam malah kehilangan semua matawang cryptonya. Dalam masa yang sama tiada apa-apa kerugian yang dihadapi oleh pengguna.

Selepas melakukan penelitian sekuriti barulah Binance membenarkan pengeluaran matawang crypto.

Zhao merupakan seseorang yang memiliki nama dalam matawang crypto. Beliau pernah menjadi orang penting dalam Blockchain.info, kemudian CTO di OKCoin sebelumnya. Beliau juga pernah melakukan coding sistem perdagangan berfrekuensi tinggi untuk Wall Street.

Maka disebabkan itu, platform pertukaran tersebut cekap dan pantas. Kejadian beberapa hari lepas akan memberi pengajaran kepada penggodam agar mereka berfikir 2 kali sebelum melakukan perentasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat