Penggubal Dasar Jepun Tak Senang Duduk Dengan Perubahan Mata wang Yen

264

Menteri Kewangan Jepun Shunichi Suzuki memberitahu bahawa mereka akan memerhatikan pergerakan pasaran pertukaran asing dengan teliti untuk mengelak dari kelemahan yen yang teruk.

Terdahulu, beliau telah mengatakan bahawa kestabilan mata wang adalah penting dan yen yang lemah akan menjadi positif kepada pengeksport tetapi negatif untuk isi rumah yang sudah berdepan dengan lonjakan harga bahan api berikutan perang di Ukraine.

Susulan kenyataan Suzuki, Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Masuna memberi amaran bahawa mereka tidak menginginkan perubahan yen yang pantas.

Kedua-dua penggubal dasar bercakap secara berasingan selepas mata wang Jepun jatuh ke paras terendah enam tahun melebihi 125 yen berbanding dolar greenback pada hari isnin.

Kejatuhan ini secara tidak langsung meningkatkan kebimbangan mengenai kesan ke atas kos sara hidup bagi ekonomi Jepun yang bergantung kepada perdagangan.

Mata wang yen terjun lebih parah selepas Bank Pusat Jepun (BOJ) mengambil tindakan mengejut untuk menghalang hasil bon daripada terus meningkat tinggi, walaupun kebanyakan bank pusat utama lain termasuk Federal Reserve (Fed) telah mula mengetatkan dasar monetari.

Pada sesi Asia hari ini, yen kembali didagangkan stabil di sekitar harga 123.40 berbanding US dolar, tidak jauh dari paras terendah enam tahun yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat