Penggubal Undang-Undang US Menyelar Tindakan Trump Terhadap Syarikat China ZTE

417

Penggubal undang-undang US menolak segala tindakan Presiden Trump untuk melonggarkan sekatan ke atas syarikat Telekomunikasi China ZTE. Mereka menganggap ia merupakan ancaman kerana ia tidak patuh pada undang-undang yang telah ditetapkan.

Trump pada hari Selasa telah mempertahankan keputusannya untuk menyemak semula penalti yang dikenakan ke atas ZTE berikutan tindakan mereka berdagang dengan Iran.

Pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan keputusan tersebut dengan syarat China mesti menghapuskan cukai yang dikenakan ke atas produk-produk tertentu US seperti produk pertanian termasuk daging khinzir, buah-buahan, kacang dan ginseng.

Menurut Marco Rubio, Senator Republik, mereka iaitu China secara asasnya sedang menyerang kita bagi mencuri hasil teknologi kita dan menggunakan ia di negara mereka, justeru dengan itu mereka dapat atasi kita dalam memimpin teknologi.

Trump pada hari Ahad telah memuat naik dalam Twitternya bahawa beliau akan membantu ZTE Corp untuk kembali seperti sediakala selepas US mengharamkan syarikat teknologi China tersebut. US menawarkan konsesi kepada Bejing dalam ucapan perdagangan.

Tambah Trump, terlalu banyak pekerjaan di China yang hilang. Jabatan Perdagangan telah diarahkan untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Jabatan Perdagangan telah mendapati pada bulan April bahawa syarikat ZTE telah melanggar undang-undang yang ditetapkan berkenaan hubungan perdagangan dengan Iran dan Korea Utara, lantas itu syarikat US diharmkan menawrkan barangan kepada ZTE selama 7 tahun.

Syarikat US dianggarkan telah menawarkan 25-30 peratus kompenan barangnan yang digunakan oleh ZTE.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat