Pengguna Beralih Dari Ethereum Kepada Tron Untuk Transaksi Tether (USDT)

619

Data Coin Metrics menunjukkan jumlah transaksi tether (USDT) di blockchain Tron telah melepasi jumlah di Ethereum untuk tiga minggu berturut-turut ekoran daripada yuran transaksi yang tinggi.

Kadar mingguan transaksi tether di Ethereum masih kekal pada jumlah 1.5 juta sejak empat minggu lalu. Berbeza di Tron, transaksi bagi setiap minggu dilihat telah meningkat dari sekitar 900,000 bermula pertengahan Disember sehingga hampir 2 juta pada minggu kedua Januari 2021.

Penganalisis Coin Metrics, Nate Maddrey menjelaskan trend ini didorong oleh yuran yang tinggi, menyebabkan transaksi tether terpaksa beralih kepada Tron.

Secara umumnya, yuran transaksi di Ethereum dalam dolar mencatatkan nilai lebih $19 seminggu yang lalu, tetapi ketika ini sedikit menurun kepada kurang $8.

Manakala harganya dalam unit ether masih dikira bawah all-time high (ATH), namun masih dianggap tinggi, melebihi 0.015 ETH beberapa kali sepanjang bulan ini.

Tidak dinafikan jumlah keseluruhan transaksi nilai tether di Ethereum masih tinggi berbanding Tron, menunjukkan bahawa hanya segelintir transactor yang beralih arah. Sementara mereka yang melakukan transaksi besar lebih selesa menggunakan Ethereum walaupun yuran lebih mahal.

CTO Tether, Paolo Ardoino memberitahu, selain Tron, terdapat banyak lagi blockchain baru yang jauh lebih murah berbanding Ethereum.

Pada masa yang sama, individu itu juga masih mengharapkan Ethereum sebagai peranan penting untuk Tether dengan jaminan lebih banyak hasil menerusi Ethereum 2.0.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat