Pengguna Kian Terhimpit, Mampukah The Fed Menjinakkan Inflasi?

486

Inflasi masih dalam keadaan yang membimbangkan dengan data terbaru menunjukkan ia kekal berada pada paras yang sangat tinggi pada bulan Mei, walaupun kenaikan bulanan adalah kurang sedikit daripada jangkaan melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan.

Harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras meningkat 4.7% daripada tahun lalu, 0.2 mata peratusan kurang daripada bulan sebelumnya tetapi masih berada di sekitar paras terakhir dilihat pada 1980-an. Pada asas bulanan, ukuran itu, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat 0.3%, kurang sedikit daripada anggaran 0.4% Dow Jones.

Inflasi utama, bagaimanapun, melonjak lebih tinggi, meningkat 0.6% untuk bulan itu, jauh lebih cepat daripada kenaikan 0.2% pada bulan April. Itu mengekalkan inflasi tahun ke tahun pada 6.3%, sama seperti pada April dan turun sedikit daripada 6.6% Mac, yang merupakan bacaan tertinggi sejak Januari 1982.

Di samping itu, laporan terbaru menggambarkan tekanan ke atas perbelanjaan pengguna, yang menyumbang hampir 70% daripada semua aktiviti ekonomi di A.S. Walaupun pendapatan peribadi meningkat 0.5% pada bulan Mei, mendahului anggaran 0.4%, pendapatan selepas cukai dan caj lain, atau pendapatan peribadi boleh guna, merosot 0.1% pada bulan tersebut dan 3.3% daripada setahun lalu. Perbelanjaan yang diselaraskan untuk inflasi jatuh 0.4%, penurunan mendadak daripada kenaikan 0.3% pada bulan April, walaupun ia meningkat 2.1% pada asas tahun ke tahun.

Menurut Bill Adams, ketua ekonomi untuk Comerica Bank, “Kenaikan kos sara hidup telah menyerap kuasa perbelanjaan daripada pekerjaan tambahan dan gaji yang lebih tinggi pada bulan Mei,”. Maka tidak hairanlah, keyakinan pengguna berada dalam keadaan membimbangkan”.

Inflasi barangan meningkat 9.6% manakala harga perkhidmatan meningkat 4.7%, kedua-duanya naik 0.1 mata peratusan daripada April. Kadar simpanan peribadi juga naik lebih tinggi, meningkat kepada 5.4%, naik 0.2 mata peratusan daripada bulan sebelumnya.

Pegawai the Fed sedang memantau data dengan teliti bagi mengawal inflasi yang kekal mengganas. Penggubal dasar bank pusat secara amnya memerhatikan inflasi teras dengan lebih teliti kerana mereka percaya dasar monetari kurang berkesan dalam mengawal naik turun harga gas dan barangan runcit.

Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan dalam beberapa hari kebelakangan ini bahawa beliau juga memerhatikan data-data inflasi dengan teliti serta purata harga gas kira-kira $4.86 segelen.

Indeks harga pengguna, yang mengukur rangkaian luas barangan dan perkhidmatan meningkat 8.6% pada bulan Mei, paras tertinggi sejak akhir 1981. Pasaran kekal memberi tumpuan pada data-data inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat