Pengguna Kini Bayar $7 Sebulan Hanya Untuk Tengok Iklan Pada Netflix

810

‘Sama macam tengok TV, asyik-asyik iklan je lepas ni.’

Netlix Inc mengemas kini maklumat mengenai pelan langganan perkhidmatan dengan paparan iklannya pada tanda harga $7 dalam usaha untuk menarik semula minat pengguna.

Pelan langganan perkhidmatan dengan paparan iklan atau ‘Basic with Ads’ tersebut ditawarkan pada harga $6.99 dan boleh diakses di 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Brazil, Jerman, Jepun dan Korea Selatan bermula November.

Pengguna yang memilih pelan tersebut, lebih murah $3 daripada Basic Plan, akan menyaksikan paparan iklan berdurasi 4 ke 5 minit setiap jam dan untuk filem pula akan dihadkan.

Sungguhpun begitu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Greg Peters mengatakan antara 5% ke 10% program Netflix tidak akan menyokong paparan iklan disebabkan isu perlesenan.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan memperkenalkan iklan tersebut pasti boleh membantu syarikat untuk kembali kompetitif bersaing dengan Disney+ dan HBO Max yang turut sama menawarkan pengiklanan.

Menurut nota penganalisis Cowen & Co, tindakan Netflix mungkin bercanggah dengan visi asal namun ia akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna yang khuatir dengan harga.

Selain itu, Netflix meletakkan sasaran pertumbuhan pengguna sebanyak 13.3 juta terhadap pelan baharunya.

Setakat penulisan ini, saham Netflix diniagakan tinggi 5.27% pada $232.51 dengan permodalan pasaran sebanyak $103.40 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat