Pengguna Kurang Belanja, Jualan Runcit UK Merosot!

281

Jualan runcit UK tanpa dijangka mencatat kemerosotan pada bulan November, menandakan tekanan yang dirasai kebanyakan isi rumah apabila krisis kos sara hidup menjejaskan perbelanjaan mereka.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan jumlah jualan runcit menurun sebanyak 0.4% pada bulan lalu daripada kenaikan 0.9% yang dicatatkan pada Oktober.

Angka yang dicatatkan itu juga meleset daripada jangkaan untuk meningkat 0.3%, manakala pada asas tahunan ia menurun sebanyak 5.9%.

Jika dibandingkan dengan bacaan yang direkodkan pada Februari 2020 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda, ia menurun sebanyak 0.7%.

Pun begitu, kemerosotan ini adalah sejajar dengan tanda-tanda lain bahawa pengguna sedang bergelut dengan kos sara hidup semasa yang tinggi.

Antara penyumbang kepada kemerosotan ini adalah kejatuhan dalam jualan kedai bukan makanan seperti barangan terpakai terutamanya rumah lelong dan kedai komputer dan bahan api.

Sebaliknya, jualan di kedai makanan meningkat 0.9% yang disokong oleh perbelanjaan awal isi rumah untuk persediaan hari Krismas.

Reaksi mata wang pound memperlihatkan penurunan susulan penerbitan data tersebut dengan pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada keluaran laporan PMI perkhidmatan dan pembuatan UK pada jam 5.30 petang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat