Penggunaan “Helicopter Money” yang dicadangkan George Soros Bukan Idea Bijak Bagi Menteri Kewangan Ini

36

Mungkin bagi jutawan terkenal, George Soros, “helicopter money” merupakan langkah yang bijak untuk menjana inflasi pada kadar yang lebih cepat.

Namun, sebaliknya bagi Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso, kerana beliau melihat langkah percetakan wang itu sebagai suatu risiko yang agak bahaya buat ekonomi Jepun.

“Helicopter money” merupakan alat kewangan yang merujuk kepada dua dasar iaitu :

  1. Penyelarasan bajet defisit
  2. Bekalan wang (melalui percetakan) secara terus kepada sektor swasta oleh bank pusat

Mungkin bagi sesetengah penganalisis ekonomi, medium ini membantu untuk menstabilkan semula ekonomi.

Namun begitu, idea ini ditolak oleh Aso.

Taro Aso

Beliau mengeluarkan komen berkenaan sejurus selepas ditanya oleh Parlimen sama ada Jepun akan mengambil pendekatan untuk menambah program rangsangan fiskal atau tidak.

Aussie dan Kiwi Melemah, Greenback Masih Dalam Momentum Bertahan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat